Dalam hidup ni begitu banyak persoalan yang bermain di minda, kadang-kadang kita tak jumpa jawapan untuk soalan-soalan tu kan? Tidak semua soalan mempunyai jawapan.
Semakin meningkat usia kita semakin banyak tanggungjawab, dan tugasan yang perlu di pikul. Kadang-kadang kita rasa tak dapat nak pikul semua tanggungjawab tu, terlalu berat untuk kita hadapinya dengan tabah dan sabar.. Mungkin ada yang terfikir sampai bila harus bersabar dengan semua dugaan dan ujian yang datang melanda tu betul tak? Mungkin jugak ada yang sampai terfikir "baik aku mati je daripada hidup, kalau hidup pun bukan ada orang peduli" Kalau fikir macam tu, awak tak sayangkan nyawa awak. Tuhan dah bagi peluang kepada kita untuk hidup di dunia ni ada sebab yang perlu kita selesaikan. Tapi yakinlah pada diri yang kita mampu memikul semua tanggungjawab tu walau berat macam mana sekali pun, bersabarlah. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai hikmah disebaliknya, cume kita tak tahu bila keceriaan yang kita inginkan tu akan tiba, hanya Yang Maha Berkuasa sahaja yang tahu. Yakinlah pada Allah s.w.t. yang Dia akan memberikan kebahagiaan kepada kita pada suatu hari nanti. :)
Kita tak tahu bila ajal akan datang menjemput kita menghadap Ilahi betul tak?
Kita tak tahu dengan sape jodoh kita pada satu hari nanti..kan kan?
Kita tak tahu sampai bila hubungan kita akan berterusan, ye tak?
Kita juga tak mungkin dapat bersama andai kata tiada jodoh di antara kita, betul kan?
Kita tak tahu sampai bila kita akan terus macam ni kan?
Macam mana kalau hubungan ni akan terputus di tengah-tengah jalan suatu hari nanti?
Adakah awak dapat menerima dugaan ni?
Adakah awak mampu bersabar?
Adakah awak akan bersedih andai saya pergi daripada hidup awak?
Andai kata awak akan hidup selama 90 tahun, saya nak hidup selama 89 tahun je, sebab saya tak mampu hidup tanpa awak semua..
Maaf sayang, andai kata kita tak dapat hidup bersama, saya nak awak teruskan hidup ni dengan penuh kesabaran dan jangan mudah mengalah serta berputus asa. Maafkan saya.. mungkin saya tak dapat nak tunaikan janji saya kepada awak andai kata tiada jodoh di antara kita. Kita tak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya. Saya nak awak teruskan hidup dan tunaikan janji-janji awak pada saya tau.. :)
Selagi saya masih bernafas, saya akan menjaga awak dengan sepenuh hati saya. Awak yang terakhir bagi saya, tiada yang lain dah lepas ni, tu janji saya pada awak. Awak simpan janji saya ni tau, simpan kemas-kemas kalau boleh simpan dalam poket jangan tercicir pulak tau. :) hah, kan dah senyum tu. :)
Saya suka kalau awak happy, saya tak suka awak muram, sedih, atau pun marah-marah tak tentu pasal. Maafkan saya kalau sebelum ni saya buat awak marah-marah tak tentu pasal. Kalau awak sakit, saya nak awak terus pergi klinik. Jangan tunggu sampai dah terukk baru nak pergi.
Saya tahu awak banyak tanggungjawab yang perlu awak selesaikan. Awak jaga family awak baik-baik tau. Awak ada mereka yang sayangkan awak, awak jugak ade kawan-kawan yang boleh tengok-tengokkan awak. Hanya mereka je yang boleh jaga awak lepas ni. Awak janganlah terlalu garang sngt ngan mereka semua tu. hehe, garang awak tu kan boleh mengalahkan harimau ngan singa tau tak. Semua orang takut kat awak. Nasib baik saya tak takut..saya dah cakap saya terima awak seadanya... :)
Awak........
Janganlah terlalu mengharap yang saya ni akan bersama awak selamanya. Jangan mengharap hanya saya yang boleh jaga awak, saya tahu ramai lagi yang boleh mengubah awak yang boleh buat awak gembira dan yang boleh jaga makan minum awak lepas ni. Saya tahu ramai lagi kat luar sane yang boleh menjaga awak. Awak jaga diri kat sane tau, saya tak dapat nak jaga awk kat sane. Kita berjauhan terlalu payah untuk kita bersama. Hubungan kita masih terlalu awal. Awak berubah sebab awak yang ingin berubah bukan sebab saya yang mengubah awak selama ni. Awak silap, saya tak buat ape-ape pun. Saya hanya berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan awak je. Saya harap awak akan dapat kebahagiaan yang awak inginkan pada suatu hari nanti.. Aminnnn.......
Awak nak tahu sesuatu tak?
Saya sedang mencuba untuk melupakan awak andai kata suatu hari nanti kita akan terputus. Kalau ianya benar-benar terjadi saya boleh lepaskan awak dengan hati yang terbuka tapi mungkin saya akan terasa kehilangan awak.
Saya sedang belajar untuk berhenti mengharap andai kata kita tak dapat bersama walaupun kita dah berjanji macam-macam. Saya tahu kita tak mungkin dapat bersama andai kata awak dah berubah hati atau tawar hati dengan sikap saya. Tak mungkin awak dapat bersabar dengan saya.
Awk.....
Saya rasa macam saya ni menyusahkan awak je... Boleh ke awak bersabar dengan saya? Maaf kalau selama ni saya banyak menyusahkan awak. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak akan berjumpe dengan insan yang boleh menjaga awak nanti. Tak mungkin saya kan?? Saya pun tak rase macam tu. Saya nak awak bahagia, jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal, cari keje yang elok dan sesuai ngan awak, dan carilah perempuan yang sesuai untuk awak nikahi, jangan terima seseorang tu sebagai kekasih untuk jangka masa yang agak lama kalau berkenan sila jumpa mak ayah dye... :) saya akan selalu doakan awak sayang.
SAYA CAKAP MACAM NI BUKAN SEBAB SAYA NAK TINGGALKAN AWAK TAPI SAYA CUMA NAK MENGINGATKAN DIRI SAYA AGAR JANGAN TERLALU BERHARAP AKAN MENDAPAT APA YANG DI IMPIKAN SELAMA NI, SEBAB APE YANG DI RANCANG SELALU TAK MENJADI. SEMUANYA ALLAH YANG TENTUKAN. SAYA SAYANG AWAK DENGAN IKHLAS. SAYA PUN TAK TAHU NAPE SAYA SAYANG AWAK. JANJI NGAN SAYA YANG AWAK AKAN JAGA DIRI LEPAS NI TAU, MUNGKIN SAYA TAK DAPAT NAK JAGA AWAK LAGI LEPAS NI.
sekuat mana kita setia.. sehebat mana kita merancang.. sejauh mana kita menunggu.. sekeras mana kita bersabar.. sejujur mana kita menerima.. ...jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama... ..kita tetap tidak akan bersama..