My Love

My Love <3 Slideshow: Farah’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday, November 29, 2011

Kami Rindu Kau


Lama tak update blog. Rindu kat korang semua. Kawan saya yg dah bekerja tu sekarang ni  busy sangat sampai tak ingat  kat kawn-kawan lama dye. Ermm, sy ngn nisya je yg rindu kat dye tapi dye busy sampai x ingat kawan. Ntah-ntah dh lupe kawan pun agaknye, maklumlah dye dah dapat kawan baru, kawan  lame dye x pandang dah. Bila dye dah dapat gaji nant dye ade ingat kat kawan lame tak? Dye sekarang dah maju, ramai kawan-kawan kat tempat kerja yang baik-baik yang sporting. Dye cume ingat  kawan baru je kawan  lame dh x ingat langsung agaknye, sedihnye.
Dulu kami rapat pergi ke mana pun bersama-sama, susah senang same-same lalui. Dye susah kami tolong, kami susah dye pun tolong tapi sekarang semua tu hanye tinggal kenangan manis je. Bila agaknye kami boleh  bersama macam dulu? Tahun depan dye dah x satu sekolah ngn kami  lagi. Makin  rindu la, walaupun boleh berjumpa tapi sayang nya parents saya x mengizinkan saya keluar be rsama kawan. Seksa nye idup  ni  bila x de orang yg paham perasaan kite. 
Sekarang ni sy selalu mesej ngn nisya sorg je. Dah lame rasenye x mesej ngn Sya. Nak  kacau dye pun takut dye busy. 
Wei Sya, mana kau pergi ha? Nape kau x ingat kat aku ngn Nisya ha? Kau cakap kau x pernah lupe kawan, tapi ape yg kau buat sekarang ni x same seperti yg kau cakap kat aku dulu tau x.. Kite orang tau lah yg kau dah ade kawan baru, dye org lagi bagu s drpd kami kat sini kn..? Susah nant kau x perlu nak cari kite org lagi, lagi pun kau dah lupe kat kawan-kawn lame kau sbb kau terlampau sibuk sangat ngn kerja sampai kau lupe nak luang kan mase utk kite org lagi mcm dulu.

Sunday, November 20, 2011

Kenali Hati Budi Seorang Lelaki


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.

Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya

Kenali Sifat Lelaki Berdasarkan Rambutnya


1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........

Mengenal Lelaki Mengikut Bulan Islam


Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan. "

Rahsia Peribadi Mengikut Bentuk Gigi


JARANG DAN KECIL
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau!!
Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka
menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti
tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain.
Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

BESAR DAN JARANG
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu
sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu.
Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja.
Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki.
Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai
kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

JONGANG DAN KECIL
Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga
yang masih kelihatan manis dan cantik. Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih
lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat
dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

JONGANG DAN BESAR
Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

TIDAK TERSUSUN
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan
giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya
itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'.
Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik
juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai
membahagiakan orang lain.

SEOLAH MASUK KE DALAM
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa
mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka
tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu
pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan
rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

KECIL DAN TERSUSUN
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil
dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong
orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang
memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Saturday, November 19, 2011

Rahsia Disebalik Senyum



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Rahsia Gaya Tidur


Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.


JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.


TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancangdengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.


PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.


ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.


FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.


PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.

Rahsia Dahi


Rahsia tetap rahsia??eh...tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap akan
menjadi rahsia selamanya....korang nak kenal lebih rapat dengan si dia yang
menjadi pujaan hati korang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betul
betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!

DAHI LEBAR........
Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kurang: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT.....
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI.......
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif keran asuka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kurang: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia

DAHI JENDOL........
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia.

DAHI BERSEGI....
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT....
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
hidup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie kenalah
cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita! apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu...

Rahsia Bentuk Wajah


BUJUR SIRIH....
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong..
Keperibadiannya:-
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...

BULAT....
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
Keperibadiannya:-
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati...

BERSEGI...
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi...
Keperibadiannya:-
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA...
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain...
Keperibadiannya:-
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

Mengenali Kelemahan Lelaki


Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

Beza Cinta, Sayang, Minat dan Suka


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincang dengan Lelaki


Bukan sng nak bina hubungan yg bahagia.byk yg korang mesti buat.termasuk dlm bende ni adalah soal apa yg harus dan tidak harus diciterkan kat pasangan korang.bende ni semua akan menyusahkan diri org jugak

korang bace sendiri kat bawak ni:

1.jgn cerite ttg lelaki lain yg dalam diam-diam mencintai korang.

2.membenci ibunye.mmg lelaki pantang.

3.cerite ttg kecurangan yg korang buat belakang lelaki tu.

4.jgn jugak cerite ttg keburukan kawan baik lelaki tu.kawan tu penting bagi mereka
.
5.jgn membanding2kan dia dulu dgn skrg,lg-lg ttg kegagahannyer.buruk padanyer.

6.jgn buat dier patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan.sebaliknyer cubela bantu.

7.bercerai.mmg satu perkataan yg lelaki takleh dengar.elokla dhindarkan.

8.kalau anda pendapatan melebihinya.jgn la nak diperbesarkan.bende tu akan menyinggung perasaan dier.

9.bile jumper ngan teman lelaki lamer.takpayah la terlalu ghairah dan takyah la diceritakan perasaan tu kat dier.bender tu bkn lamer.

Rahsia Pandangan Mata



Cara pandangan mata seseorang terdapat makna yang tersirat. Berikut adalah rahsia disebalik pandangan mata. Artikel ini adalah sekadar bacaan semata-mata, bukan untuk dibuat pegangan

1. Jika mata jarang berkedip
Tand orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila dia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.


2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau
Orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..


3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata
Orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.


4. Renungan mata yang lemah
Tanda orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil
Tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh
Orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.


7. Jika mata besar macam mata lembu
Orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.


8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya
Berhati-hati! Orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. Allahualam...

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Rahsia Disebalik Tubuh Badan

Kalau sebelum ni anda hanya tahu maksud disebalik tarikh lahir korang, apa kata korang cuba lihat maksud disebalik tubuh badan anda pula. Harap sedikit sebanyak mampu memberi halatuju kepada anda untuk menjadi orang yang berjaya. 


1. Cuba hembus nafas dari mulut ke hidung kemudian pada masa yang sama bernafas menggunakan nafas dari mulut tadi.. Kalau anda boleh sedut balik nafas tu, anda boleh hidup melebihi 100 tahun.

2. Kalau anda boleh tepuk kedua tapak kaki anda sehingga menghasilkan bunyi seperti anda tepuk tangan, anda akan hidup senang selepas berumur 40 tahun.

3. Cuba petik jari di telinga sebelah kanan. Jika anda mampu untuk mendengar bunyi petikan jari disebelah telinga kiri sama seperti di telinga kanan, anda dikategorikan sebagai orang genius.

4. Cuba senyum. Jika senyuman anda memperlihatkan gigi anda, maka anda akan memerlukan gigi palsu diusia yang lebih muda

5. Dengar anda bernafas. Sekiranya ketika anda menarik nafas anda ada mendengar sebarang bunyi, anda akan dimadukan (perempuan)/ berkahwin lebih daripada satu (lelaki)

6. Lihat jari anda. Sekiranya ibu jari tangan kiri dan tangan kanan anda tidak sama panjang, maka anda tidak akan meninggalkan harta untuk keturunan anda lepas meninggal.

7. Cuba bersiul. Jika ketika anda bersiul, anda tak dapat rasa nafas keluar daripada mulut anda, maka anda didampingi oleh saka keturunan anda.

8. Rasa sekitar ketiak anda sama ada berpeluh atau tidak. Sekiranya berpeluh, ini bermakna anda akan mati dalam keadaan sedih dan kecewa.

9. Cuba lihat kuku anda. Sekiranya terdapat tanda putih pada kuku anda, ini bermakna anda akan menjadi seorang jutawan suatu hari nanti.

10. Cuba lihat lubang hidung anda. Sekiranya lubang hidung disebelah kanan lebih besar daripada disebelah kiri, anda akan menjadi orang gila.

11. Cuba rasa degup jantung anda sekarang ini. Sekiranya masih berdegup, ini bermakna anda masih hidup. Kemudian tutup mata anda dan katakan dengan tenang dan tawaduk, " Aku telah ditipu oleh akalemosi.com  ghupenya". Anda ni klakar ler....Buat mende pelik-pelik jer...

Andainya Lelaki Tahu Bahawa....


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

9 Sifat Calon Isteri Pilihan Lelaki


Bermula dari entri ini, insyaallah AVE akan naik setapak iaitu mula mengupas tentang isu perkahwinan. Daripada cerita sebelum kahwinan, persiapan untuk perkahwinan, sehinggalah cerita selepas berkahwin. Jangan risau, ini bukan cerita kosong ikut sedap hati nak tulis je, ada sesetengah entri ni diambil daripada buku-buku ilmiah. Bukan niat untuk mengaut keuntungan, tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu. Sekian, harap maklum~~~

MENCINTAI SEPENUH HATI
Lelaki mana yang sanggup memilih perempuan yang tidak menyintai sepenuh hati? Mesti akan terlintas difikiran untuk mencari seseorang yang benar-benar menyintai diri dia. Kebiasaannya pula dalam diri perempuan terdapat satu sifat yang mana kalau dia betul-betul cintakan lelaki tersebut, mesti dia akan cepat sesuaikan diri dengan lelaki tersebut. Sehinggakan benda yang kecil bagi lelaki itu pun akan jadi benda yang penting bagi perempuan. Insyaallah, kalau anda benar-benar sayangkan dia, dia tidak akan menghampakan anda.

MEMBANTU PASANGAN MENJADI LEBIH BAIK
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Namun, cinta itu mampu membuatkan diri anda lebih sempurna kerana sifat saling melengkapi itu mampu menutup kelemahan masing-masing. Jadi, amat penting bagi seseorang perempuan itu untuk membantu pasangan jadi lebih baik. Tapi jangan bimbang, perasaan ini akan lahir sendiri apabila anda benar-benar menyintai pasangan anda. 

TAAT DAN PATUH
Seorang lelaki sentiasa mengharapkan seorang perempuan yang mampu mendengar katanya. Kerana didalam Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa syurga isteri itu terletak pada suami. Sekiranya ingar sang isteri itu terhadap suami, jangan haraplah untuk tinggal didalam syurga. Kerana sifat azali seorang lelaki itu ialah ego. Sekiranya anda ingkar terhadap suami, ini bermakna anda tidak menghormati suami anda.


RAPAT DENGAN KELUARGA
Lelaki juga suka pada perempuan yang rapat dengan keluarganya terutama ibunya. Oleh sebab itu jangan sesekali mengutuk ibu dia jika anda tidak mahu dia naik angin. Ini kerana lelaki tidak mahu seorang perempuan untuk rapat dengan dirinya saja, tetapi juga dengan keluarganya kerana ini menunjukkan anda menghargai orang yang penting dalam hidup dia.

PANDAI BERDIKARI
Seorang lelaki suka jika perempuan itu menunjukkan kematangannnya. Bagaimana dia menguruskan hidup dia sendiri tanpa terlalu bergantung kepada lelaki. Sebagai contoh, bukankah lebih baik jika seorang isteri yang tidak bekerja itu mengambil anak-anak pulang dari sekolah daripada mengharapkan si suami untuk keluar sebentar mengambil anak pulang? Ringan sikit beban si suami...

MENJADI PENDORONG
Pasti ada suatu ketika nanti si lelaki akan menghadapi masa-masa yang sukar untuk ditempuhi seorang diri. Jika anda sebagai seorang perempuan yang amat penting kepada diri dia, takkan anda sanggup untuk membiarkan dia sebegitu saja? Sudah semestinya anda perlu menjadi pendorong untuk dia menjadi lebih berjaya dalam hidup bukan? 

Zaman telah berubah, begitu juga dengan perempuan. Perempuan zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu kerana telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Sehingga ada suatu ketika negara dikejutkan dengan peratus pelajar perempuan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki di universiti. Jadi lelaki juga mahukan perempuan yang berpendidikan kerana ia menimbulkan perasaan kagum dan hormat.

PANDAI BERHIAS
Sebut saja Rozita Che Wan, semua orang akan kata dia cantik walaupun umur bukan 20an lagi. Suami mana yang tak bangga kalau isteri cantik macam artis. Bila orang puji, tersenyum lebar je suami. Tapi kalau tak tahu berhias, jangan berlagak pandai kononnya nak buat eksperimen sendiri, silap-silap akan ditertawakan orang ramai. Cuba banyakkan membaca majalah fesyen dan berkaitan fesyen atau baca tips mekap di sini.

TAHU KAWAL SIFAT CEREWET
Akhir sekali, masalah biasa yang menyebabkan lelaki rasa bosan dengan seseorang perempuan itu ialah cerewet. Tapi kalau anda sebagai perempuan mampu mengawal pengai cerewet anda, tak mustahil kalau suami anda akan hadiahkan BMW 5 series sebagai tanda sayang dan cinta dia. Memang ada kalanya perangai lelaki ni akan buat perempuan hilang sabar, tapi cubalah tegur dengan cara yang lembut.

95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu


1.       Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2.       Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3.       Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4.       Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5.       "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6.       Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7.       Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8.       Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9.       Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10.   Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11.   Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12.   Lelaki juga boleh menangis!
13.   Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14.   Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15.   Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16.   Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17.   Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18.   Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19.   Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20.   Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok". 
21.   Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
22.   Lelaki benci gay!
23.   Lelaki sayangkan ibu mereka.
24.   Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
25.   Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
26.   Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
27.   Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
28.   Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
29.   Perempuan adalah kelemahan lelaki.
30.   Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
31.   Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
32.   Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
33.   Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
34.   Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
35.   Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
36.   Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 
37.   Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
38.   Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
39.   Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
40.   Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
41.   Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
42.   Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
43.   Lelaki berfikir terlalu banyak.
44.   Fantasi lelaki tidak terbatas.
45.   Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
46.   Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
47.   Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
48.   Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
49.   Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
50.   Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

51.   Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
52.   Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah. 
53.   Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
54.   Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
55.   Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
56.   Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 
57.   Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
58.   Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
59.   Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
60.   Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
61.   Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
62.   Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
63.   Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 
64.   Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
65.   Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
66.   Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
67.   Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
68.   Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
69.   Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
70.   Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
71.   Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)
72.   Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
73.   Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
74.   Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
75.   Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
76.   Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
77.   Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
78.   Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
79.   Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
80.   Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
81.   Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
82.   Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
83.   Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
84.   Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
85.   Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
86.   Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
87.   Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
88.   Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
89.   Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
90.   Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
91.   Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
92.   Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
93.   Lelaki benci perempuan yang gedik.
94.   Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
95.   Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...

Kalau suka Klik Button Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...