My Love

My Love <3 Slideshow: Farah’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday, November 3, 2011

Segalanya Sudah Berakhir

Hai,
Selamat pagi semua.

Semalam hubungan aku ngan dye telah pun berakhir, walaupun perit untuk ku telan tapi aku terpaksa juga.
Segalanya bermula dengan mood yang tak baik. Aku puas berfikir ape kesalahan aku kat dye, tapi  aku tak jumpe jawapan untuk soalan aku. Kenapa dye nak berteka-teki ngan aku? Ape salah aku sampai dye sanggup tengok aku macam ni? Aku rase sebak sangat tapi dye tak penah paham. Kalau itu la yang dye nak, aku redha menerima ketentuan Ilahi. Aku terima segala dugaan ni sebagai cabaran dalam hidup aku. Aku dah bersedia untuk terima keputusan dye, sebab aku tau yang dye memang tak sayangkan aku lagi. Tapi satu je yang aku perlu tau ape salah dan dosa aku kat dye sampai dye sanggup putuskan hubungan ni? 

Aku perlu kuatkan semangat, aku tak boleh lemah depan kawan-kawan sebab aku pemberi semangat kat dye org ketika dye org ade masalah. Aku sedih macam mane skali pun aku tetap happy menolong dye org. Cuma satu je, aku tak mampu tersenyum walaupun ade orang yag cube membuat aku happy. Aku tengah sedih sangat semalam dan hari ni, tapi kawan aku sorang pun tak tau. Aku diam tak nak bagitau dye orang sebab dye org pun ade masalah sendiri yang tak terpikul dek bahu. 

Allah SWT memang sayang kat aku sebab dye slalu berikan aku kekuatan untuk tempohi dugaan demi dugaan. Lepas aku kehilangan orang yang aku sayang, Dia berikan aku kawan yang sayangkan aku. Segala yang berlaku pasti ade hikmahnye, dan aku bersyukur dengan ape yang aku ade sekarang ni walaupun aku dah kehilangan orang yang aku sayang. Aku tetap redha dan terima dengan hati yang terbuka. Sekarang ni aku rase bertuah sebab masih ade lagi orang yang sudi kawan dan menyayangi aku. Tapi aku mintak maaf sekiranye korang nak aku balas persahabatan tu dengan perasaan aku. Aku tak mampu dan hatiku belum terbuka untuk menerima orang lain setelah hati ni di hancurkan menjadi kepingan kaca yang sudah berkecai. Aku hanya mampu berkawan dengan korang semua. 

Yang pergi tetap pergi dan takkan kembali lagi. Izinkan selamanya ku menjadi begini, sekiranya kau muncul kembali tak mungkin aku dapat menerima kehadiranmu lagi. Semoga dikau bahagia di sisi orang yang kau sayang. Aku tau kau gembira dengan perpisahan ini kerana kau tak penah menghalang atau menangisi pemergian aku. Aku doakan semoga kau bahagia walaupun bukan denganku. KAU simpan la segala janji manismu itu dan aku tak kan simpannya lagi setelah kau pergi daripada hidupku. Selamat Tinggal.

Kepada Sya, kau jangan ar sedih dengan keputusan aku ni, aku dah ready untuk terima semua ni. Aku tau kau still marah kan dye thats why aku tak kesah dh kalo dye nk putus ngan aku semalam. Walaupun susah tapi aku tetap akan cuba untuk membuka buku baru dalam hidup aku. Aku putus ngan dye bukan sebab kau, dan  kau tak salah pun. Jangan la kau rase bersalah pulak dalam hal ni. Maaf Sya, demi kawan aku sanggup buat ape je asalkan kau tak menyepikan diri macam semalam. Kau reply mesej aku pun macam terpaksa, sakit ati tau tak bila kau send mesej macam tu, tapi aku sabar. Kau ngan Nisya same je, reply mesej mcm nk tak nk. Tapi bila mintak nasihat tau pulak korang cari aku. Ape yang korang buat aku simpan dalam ati tak bagitau sape-sape pun. Sebab aku tak nak sebab hal yang kecik macam ni kte putus kawan. Sya, kau tak payah ar risau pasal aku lepas ni aku dah tak de story nak share ngan kau orang semua. Kalau aku senyap korang jangan ar marah aku pulak. Aku ngan dye tidak di takdirkan bersama. Aku doakan semoga hubungan korang takkan jadi macam aku, jaga la dye orang sementara dye org masih sayangkan kau orang berdua. Aku akan tetap happy kalau korang semua happy. 


Kalau suka Klik Button Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...