My Love

My Love <3 Slideshow: Farah’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Friday, October 28, 2011

Experience Mencari Kerja

Assalamualaikum Semua,

Petang tadi pukul 3 ptg aku keluar ngan Syakirah pergi cari kerja kat carefour lepastu kat sakan. Banyak jugak peluang bekerja tapi semuanya terbuka untuk students 17 tahun ke atas. Aku ngan Syakirah tak give up, tempat terakhir kat Mydin. Tapi susah jugak eh nak cari kerja selagi tak abis sek. Tempat yang boleh terime students umur macam kite orang ni hanya kat pasaraya sakan je. Tapi ramai sangat yang mintak kerja kat sana, sampai dah penuh. Satu je tempat kosong yang ade tadi tapi tak kan lah salah seorang daripada kite orang kene kerja kat situ. So, kite orang tak terima lagi kerja kat situ kene tunggu tempat kosong lagi satu. Ntah dapat ke tak. 

Pergi kul 3 balik kul 5 petang, kaki pun dah sakit lepas tu dah melecet sikit. Balik kul 5 sambil tunggu bus kat bus stop. Sebelum bas sampai aku bli makanan cikit, penat berjalan dan penat bertanye ade kerja kosong tak. Lepas kul 5.10ptg bas pun bergerak. Dalam bas aku duduk kat belakang ngan Sya, tapi aku tak selesa betol sebab ade dua orang mamat ni pandang kawan aku lain macam plak, geram plak aku tengok dye orang time. Nak usha pun agak-agak la sikit. Skali kene silat ngan member aku tu baru tau. Syakirah dah mengadu kat aku melalui sms. Dye bagitau yang dye tak ske mamat 2 orang tu pandang dye. Tapi ape yang aku boleh wat, dyeorang ade mata sebab tu dye orang pandang btol tak kawan-kawan. Lepas tu, bas pun berhenti kat tempat aku tunggu bas sebelum pergi carefour. Mamat tu still usha member aku. Dye duk diam aje la time tu x ley wat pape. 

Aku dah sampai umah, dan aku tak tau la ape yang mamat tu wat kat member aku dalam bas tu. Samada dye orang still usha dye ke x. Sian dye, hehe.. 
SORRY SYA I CAN'T HELP YOU. 

Thursday, October 27, 2011

Layan Lagu ni

SCREEN- Manja Kekasihku

OKAY- Ku Relakan Dikau Pergi

SHAJIRY- Ku Cinta Padamu

KANGEN BAND- Jangan Bertengkar Lagi


POPPY MERCURY-Hati Siapa Tak Sakit

FRANCISCA PETER DAN JAMAL-Kehebatan Cinta

Kau hadir dalam hidupku
Kau membebaskan aku dari mentera kesedihan
Yang melingkari hidupku
Entah apa silapku kau menolak aku ke tepi
Hati yang pernah kau patahkan dulu
Itulah hatiku
Aku sentiasa yakin dan pasti
Tanpamu disisi hidupku tak bererti...

Dengarlah jeritan kesunyian hatiku
Yang kecewa denganmu
Aku tak inginkan dirimu lagi
Lihatlah kekosongan hatiku
Tiada lagi tempat dihatiku untukmu
Tapi..
Itu yang ku katakan dulu
Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu

Akhirnya aku mengerti dan pasti
Aku jumpa dengan apa yang aku cari
Seseorang untuk dicintai
Untuk berpaut
Untuk menjadi inspirasiku
Seseorang untuk di belai dan
Untuk ku hargainya dalam hidupku...

Kerana kau telah pergi
Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi
Sampai saat itu
Aku tahu segalanya tentang hidupku
Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri
Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku
Kerana dirimu...
Yang membuat aku tersenyum hari ini

Korang tau nak maksud ayat ni? 
Aku dapat ayat ni tapi macam lirik lagu, tapi tajuk ape eh?
Adakah segalanya sudah berakhir?
Kalau korang tau sila komen di bawah ye.. thanks                                                  

Tuesday, October 25, 2011

Kenali Sifat Wanita


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Monday, October 24, 2011

Untuk Pasangan Yang Sedang in LOVE


Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

Saturday, October 22, 2011

Tips Bangun Subuh


Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Para Muslimah Wajib Menutup Aurat


Panorama dunia kini, aurat dipandang sepi,
Dibiar terdedah begini,
Kerana hilangnya malu dalam diri.
Di manakah engkau letakkan maruah ini?
Yang menutup rapi, senang berkongsi,
Jutaan mata memerhati meneliti, cuba bertanya pada hati.
Kerana siapa menutup aurat ini?
Penampilan refleksi akhlak.
Pakaian lambang peribadi. Luaran yang diri sendiri perlihatkan adalah salah satu penyebab bagaimana 'first impression' manusia terhadap diri kita. Persekitaran mungkin mendesak saya berbicara tentang ini. Luaran terkadang tidak seiring dengan dalaman. Bimbang andai menjadi fitnah pula.
Terkadang yang menutup sedikit lebih baik daripada yang menutup banyak. Tetapi manusia itu tetap manusia yang punya kesalahan dan tidak sempurna. Yang punya peluang untuk menjadi lebih baik.
Andai berniqob, tonjolkan peribadi yang pandai menghormati hak orang lain. Andai bertudung labuh, tunjukkan peribadi yang mudah menuturkan kata maaf atas kesalahan.
Saya suka melihat dia. Dia yang sememangnya dari jurusan yang kebanyakan penuntut satu aliran dengannya memakai 'shawl' dan tudung singkat yang tidak diluluskan. Tetapi dia unik dengan menyarung tudung labuh. Memberi contoh sentiasa berzikir walau dalam majlis formal. Hebat. Bangga punya sahabat sepertinya.
Pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang saya hendak sampaikan. Mereka. Anda. Kita. Yang bertudung labuh hatta berniqob sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian.
Terkadang disebabkan sikap segelintir yang bertudung labuh mahupun berniqob yang kurang baik, menyebabkan wujud golongan anti tudung labuh terutamanya. Antara faktornya ialah ukhuwah renggang. Daripada sahabat yang mengalami. Masakan pokok akan bergoyang andai tiada angin yang mengusik. Kerana nila setitik, rosak sudah susu sebelanga.
Konsepnya sama sahaja dengan Islam. Islam itu adalah satu cara hidup yang benar. Tetapi oleh kerana sikap penganut agamanya sendiri tidak menggambarkan peribadi akhlak yang diajar Islam. 
Bagaimana mereka yang belum mendapat hidayah dan petunjuk bisa merasa kagum dengan Islam?
Tetapi keadaan umat Islam tidak semestinya menggambarkan Islam itu adalah begitu dan begini.
Benar, bukan?
Jika seorang muslim itu meneguk arak, tidak bermakna Islam mengajar arak itu halal. Lihat. Kesimpulan akhirnya kembali kepada manusia itu sendiri.
Jaga penampilan dan peribadi. Saya menghormati seorang kakak yang berniqob ini. Sering sahaja bangun malam dan kata-katanya penuh motivasi. Fikirannya matang. Lihat. Ini baru muslimah berniqob yang hebat.
Seorang kakak hafizah bertudung labuh. Wajah dan kata-katanya sahaja mendamaikan hati. Tenang. Hebat. Saya kagum. 
Seorang kakak bertudung labuh tetapi bukan daripada jurusan agama. Semangatnya dalam dakwah begitu membara sehinggakan saya terasa akan tempiasnya. Dia seorang kakak yang penuh ketenangan dan semangat. Memberi kekuatan kepada diri.
Saya banyak belajar pelbagai perkara daripada manusia. Dengan melihat. Merenung sendiri. Ya, sememangnya jurusan tidak menjanjikan apa-apa. Bukan kerana jurusan atau penampilan semata-mata seseorang itu hebat. Ada yang begitu tetapi yang mahu ditekankan adalah peribadi dalam diri. Saya suka mengenali seseorang. Melihat kepada akhlak. Dari situ dapat kita kenali hati budi manusia.
Apa yang baik kita lihat pada orang, kita belajar. Apa yang salah kita lihat pada orang, juga kita ambil dan belajar. Dari situ, kita lihat pula diri kita. Ini sebenarnya. Bukan kita lihat keburukan seseorang dan seterusnya membenci. Doa untuk dia. Doa juga buat diri sendiri.
Seorang kakak alam maya yang saya kenali. Walau bukan bertudung labuh, fikirannya matang. Beliau mempunyai pendapat yang sama dengan saya.
Terkadang mereka yang punya ilmu agama dan lebih menonjol dengan imej soleh atau solehah serta kopiah dan tudung labuh tidak menjanjikan peribadi yang unggul. Itu mungkin kerana ilmu yang ada tidak diamalkan. Mungkin. Lihat kembali diri sendiri bagaimana. Perlu bimbang dengan diri sendiri.
Ada juga sahabat yang saya kenali. Tiada pernah bertemu. Perkenalan tanpa sengaja. Dia bukanlah muslimah bertudung labuh. Dia bukanlah pelajar universiti. Tetapi punya semangat seperti mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi.
Punya kata-kata seperti pelajar universiti yang mengambil jurusan agama! Peribadinya seperti yang dituntut daripada si pemakai tudung labuh mahupun niqob. Menitiberatkan solat sunat. Kata-kata sering berkait dan mengingatkan saya dengan kebesaran Allah S.W.T. Saya amat menyayangi dia, walau dari kejauhan.
Terharu. Pernah mengejutkan saya bangun sahur dengan hanya mesej. Walau tanpa diminta. Menceriakan hari dengan ucapan selamat pagi. Jika saya berjaya menggapai sesuatu, dia benar gembira tanpa rasa dengki.
Saya dapat merasakan itu. Hanya mampu senyum melihat fenomena sekeliling. Andai saya bersedih, saya amat percayakan dia untuk meluah rasa gundah. Hairan kerana saya tahu diri sendiri sedikit sukar untuk mempercayai manusia.
Sukar benar mahu mencari sahabat yang berfikiran sama seperti diri.
Andai persahabatan itu benar ikhlas, pasti sampai ke dalam hati, bukan?
Dan saya tahu inilah sahabat sebenar. Senyum. Dunia penuh teka-teki. Atas pentas drama dunia. Berliku. Menarik.
Saya lebih suka fokus kepada yang telah sedia sempurna menutup aurat. Saya suka menekankan tentang niat dalam setiap perkara. Seorang gadis yang menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah. Tetapi bagaimana seandainya memakai jubah dan tudung labuh itu bukanlah kerana Allah?
"Wah, cantik aku pakai jubah, mesti ramai lelaki yang tertarik."
"Aku pakai niqob ni nampak baik, lain daripada yang lain."
Sekadar contoh. Niat merupakan paksi dalam segala amalan. Setiap apa yang kita lakukan di dunia adalah hanya kerana Allah. Kita menutup aurat kerana Allah.
Kita menyarung pakaian sebegitu bukan mahu bergaya dan ingin menyarung baju-baju yang cantik. Bukan itu yang cuma berlegar dalam fikiran. Mengikut arus fesyen moden semasa walaupun jubah. Tetapi katakan "Aku menutup aurat ini kerana Allah. Aku memakai baju begini kerana Allah."
Andai niat lain daripada matlamat sebenarnya, bagaimana amalan itu pada pandangan Allah?
Ada junior saya di UIA ini berkongsi mengatakan mahu berubah dalam penampilan. Senang dengan luahan hatinya. Dia punya hasrat ke arah itu. Tetapi terasa sedikit sukar untuk memakai pakaian seperti baju kurung kerana lebih selesa menyarung seluar. Tidak salah. Asal konsep menutup aurat itu ditepati. Asasnya longgar dan tidak jarang. Tudung dilabuhkan menutupi dada. Sudah cukup.
Tidak semestinya perlu memakai baju kurung dan menyarung jubah itu baru dikatakan menutup aurat dengan sempurna.
Tetapi sudah pasti kita mahu yang terbaik bukan?
Andaikan analogi makanan yang terhidang di atas meja. Memilih untuk ditutup dengan akhbar. Itu pun sudah cukup untuk menghalang lalat-lalat daripada menghinggapi makanan. Tetapi sudah pasti lebih baik andainya ditutup dengan tudung saji. Lebih terjamin dan selamat. Kerana tidak seperti akhbar yang ringan dan mudah terbang dibawa angin. Bisa menangkap maksud saya?
Andai terdetik mahu melakukan kebaikan, bersegeralah. Andai benar payah, ingatlah kematian. Peringatan bahawa kita nantinya akan ditanya dan dipertanggungjawab atas apa yang kita lakukan di dunia. Andai benar susah, cari sahabat yang menyokong dan berada dalam suasana tarbiah solehah. Cari kekuatan di situ. Saya percaya anda boleh!
Usah ditayang umum.
Sayang benar andainya muslimah yang cantik berkeadaan menutup aurat dengan sempurna memaparkan gambar di laman-laman sosial. Terus terang saya katakan di Facebookterutamanya.
Duhai muslimahku sayang, simpanlah fotomu. Ya, saya memahami. Terkadang segelintir mereka hanya mahu berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama sahabat.
Tetapi usahlah diupload ke laman sosial. Mungkin gambar beramai-ramai masih boleh dipertimbangkan. Tetapi mesti difikir kembali saat ingin meng'upload' foto yang jelas memperlihatkan setiap inci wajah. Lihat. Ada mata-mata yang punya penyakit dalam hatinya terseksa.
Apakah mahu gambar itu disimpan lelaki-lelaki yang melihat kerana tertarik akan kecantikan?
Simpanlah yang berharga itu buat suamimu. Usah ditunjuk, anda sudah sedia cantik.
Tidak kasihankah kepada 'dia' yang menunggu entah di mana?
Jaga diri untuk dia. Lakukannya kerana Allah. Pesan saya. Deletelah. Saya sayang benar anda, anda dan anda. Maaf andai ada hati yang terluka. Masih hingga saat sekarang, pilihan di tangan sendiri.
Menutup aurat itu wajib. Ia satu perintah daripada Allah. Pencipta kita. Oleh itu, kita yang menyedari diri ini hanya hamba, patuhilah suruhan-Nya.
Susah? Mesti taat juga.
Andainya seperti solat. Malas? Memilih untuk meninggalkan solat. Andai malas, menunggu untuk rajin dan ikhlas, baru melaksanakan solat?
Ketahuilah, ikhlas itu tidak akan datang tanpa permulaan tindakan! Kuatkan hati untuk berubah sekarang!
Menutup aurat itu cukup mudah. Jangan memakai pakaian yang ketat dan jarang. Tutup aurat bukan membalut aurat. Menutup aurat itu tidak bermaksud mesti memakai baju kurung dan jubah tetapi asal sahaja konsep menutup aurat itu dipatuhi, mencukupi. Namun, kejarlah yang terbaik.
Andai diri ini sudah sempurna memakai jubah atau kebiasaan memakai baju kurung beserta tudung labuh, saat ini mula teropong hati.
Untuk siapakah kita lakukan itu?
Untuk menarik hati-hati lelaki supaya jatuh cinta?
Untuk menonjolkan imej solehah sebaik mungkin agar mata-mata yang memandang mengatakan kita ini baik?
Lihat, musuh durjana itu pakar dalam membisik. Jaga niat. Sama-sama berpesan. Untuk diri sendiri juga.

Yakinlah Pada Allah


Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan yang mereka alami hari ini. Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam.
Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan lapang. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padanya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.
Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu adakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Keraguan ini mendatangkan kesedihan dan kegusaran dalam hati. Sempit hingga sukar bernafas. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?
Itulah rona-rona hidup, iman itu sedang diuji. Kuncinya sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah.
Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita diuji dengan nikmat dan musibah.
Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Apa yang penting kita tahu apa yang kita nak, kita usaha dan usaha dengan sabar. Dan bersangka baik dengan Allah.
Ini tidak semudah kata-kata yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. Adakah aku sedang berputus asa? Segeralah katakan TIDAK. Kerana rahmat Allah itu luas. Sedangkan kita belum cukup berdoa dan menangis meminta. Pinta dan terus pinta.
Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukku. Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanku.

Janganlah bersedih


Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.
Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.
Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.
Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.
Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".
Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.
Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.

Bersabarlah


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Kalau suka Klik Button Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...