Assalamualaikum sume,
Hye, nama saya Nor Farah Liyana, berusia 16 tahun dan dilahirkan di hospital Kuala Lumpur pada 9 Mei 1995. Saya sekarang menuntut di tingkatan empat, di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1.
Saya merupakan anak sulong di dalam bilangan adik beradik saya seramai 7 orang. saya di panggil kakak ketika di rumah dan di sekolah saya di panggil Farah atau Liyana.
Di masa lapang saya gemar bermain badminton bersama adik beradik saya selain itu saya juga gemar membaca novel. Saya suke mengumpul pelbagai jenis novel yang menarik setakat ni saya baru je kumpul sedikit atas duit simpanan saya sendiri.
Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Saya berazam untuk mencapai cita-cita saya Insyaallah. Kawan-kawan doakan kan saya ye supaya saya dapat mencapai cita-cita yang saya impikan.
<3 Liyana <3