My Love

My Love <3 Slideshow: Farah’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Saturday, December 31, 2011

Berdebar-debar Nak Tunggu Esok


Esok hari Sabtu (31/12/2011) iaitu hari terakhir untuk tahun 2011 ni. Selamat tinggal tahun 2011 selamat datang tahun 2012. :) 

Rase berdebar-debar nak tunggu esok sebab ape, nak tau ke??
HUh..... esok ade kenduri kat umah Anishya. Kenduri sempena adik dye cemerlang dalam PMR baru-baru ni, result dye pun bagus jugak. huhu, tumpang gembira jap.. Tahniah Aina. 

Adoi, apelah yang akan terjadi pada hari esok ye? Terfikir pasal ni sampai takde rase ngantok pun. Nak tido pun tak lena kalo macam ni. Huh.. gementar,gemuruh, resah gelisah, semuanye serba tak kene. Saya jadi macam ni sebab 1st time nak gi umah Nisya dan kedua ni 1st time nak jumpe laki yang bergelar "BF". Sebelum ni tak pernah jumpe mane laki yang bergelar bf. huhu. 1st time ase macam ni ke bile nak berjumpe??   Tak suke la ngan perasaan ni, kalo ley nak rase bertenang dan hadapi nye dengan sabar dan tabah. 

Perkara yang buat rase risau sangat ni sebab saya takut dye tak boleh terime saya. Saya tak cantik, tak comey, tak lawa macam kawan-kawan perempuan dye. Ermm, isau je asenye. Kalo ley nak mase ni berhenti sekejap dan harap takde ape-ape yang berlaku. I hope so. Macam-macam persoalan yang bermain di minda sekarang ni. Sumenye perkara negative tentang ape yang akan berlaku pada hari esok. :'(

Awak......
Boleh ke awak terima diri saya ni?
Boleh ke awak tengok muke saya?
Awak nak ke gf macam saya?
Awak... saya ni x cantik macam kawan-kawan awak la.
Walaupun awak cakap, yang awak akan terima saya seadanya tapi saya tetap fikir yang sebaliknye. Awak cakap la berape banyak kali pun, saya tetap akan fikir awak tak boleh terima saya.  Awak tak jumpe lagi saya ni macam mana, boleh la awak cakap macam tu. Awak tak tau pun ape yang saya rase sekarang ni. Hanya tuhan je yang tahu. Saya memang tak cantik dan tak comey mane pun sebab tu saya risau awak tak boleh nak terima saya seadanya. :( :(
Serius saya cakap, saya takut nak berdepan ngan awak. Saya takut awak tak boleh terima saya sebagai gf awak. Kalau awak isau saya yang taknak jumpe awak tu, awak salah. Saya tak rase awak lagi teruk daripada laki lain. Awak ok je saya tengok. :)

Ok, saya tak ley berhenti fikir pasal ape yang akan terjadi pada hari esok. Macam mane nak stop??
Ya Allah gementarnye aku.... Aku berharap takde perkara yang tidak di ingini berlaku, dan harap semuanye berjalan dengan lancar. Amin...

K lah, nak try tenangkan fikiran yang tengah serabut ni, macam-macam dok fikir daripada semalam lagi ni. Harap-harap takde pape yang berlaku..amin 

Friday, December 30, 2011

Awak Special


Semalam awak tanye saya, ape yang membuatkan awak istimewa di mata saya kan?
Saya pun tak tau la ape sebabnye, tapi bagi saya awak memang istimewa daripada yang lain.
Dalam ramai-ramai lelaki yang saya kenal dan saya nilai hanye awak je yang tak same macam laki lain yang penah jadi bf saya sebelum ni. :) Serius saya cakap, awak memang istimewa di mata saya. Tak tipu ni, btol. :)



Awak nak tau sebab ape awak special di mata saya?

1. Awak pandai bimbing saya.
2. Awak tegas tapi baik.
3.Awak pandai jaga family awak.
4. Awak amik berat pasal orang lain.
5.Awak selalu mendahulukan orang lain berbanding diri awak. 
6. Awak pandai jaga saya walaupun kadang-kadang saya sedih sebab awak.
7. Awak tak penah amik kesempatan kat saya sepanjang kite berkenalan. 
8. Dalam ramai-ramai laki yang saya kenal, awak sorang je yang berani wat jadual yang ketat utk saya. hehe, walaupun kadang2 saya terlanggar jadual waktu tu.
9. Bila saya salah awak tegur dengan baik.
10. Bila saya perlukan seseorang awak selalu ade. Terima kasih sayang.
11. Bila saya sedih, awak yang pujuk, walaupun cara awak pujuk tu macam pujuk budak kecik. hehe, mesti comey time tu kan?? :P
12. Awak ni tegas, legend, mke garang tau x, kalah harimau kat hutan tu.. ok tapi saya dah biasalah. :p
13. Awak lah yang paling banyak bersabar ngan sikap saya. Ok saya tau sebelum ni saya keras kepala, tapi kadang2 saya saje je wat macam tu. saya nak menguji awak. :P Maaf sayang
14. Terima kasih sebab jaga dan bimbing saya selama ni. Untunglah sape yang jadi permaisuri idup awak nant. Semoga awak bahagia. :')

Saya tak tau sebab ape awak special di mata saya, tapi hanye ni je yang saya nampak dalam diri awak sekarang ni. Lepas ni jangan bagi soalan cepumas yang tak mampu saya nak  jawab. Awak ley la kate senang tapi tidak bagi saya. Soalan cepumas selalu je susah nak di jawab. :) Terima kasih sebab hadir dalam idup saya, Awak wat saya rase bahagia. 

█───█──███───█──█
█───█─█───█──█──█
─███──█───█──█──█
──█───█───█──█──█
──█────███────██

─███──████──████
█───█─█───█─█
█████─████──████
█───█─█───█─█
█───█─█───█─████

█───█─████─████──█───█
█───█─█────█───█─█───█
█───█─████─████───███
─█─█──█────█───█───█
──█───████─█───█───█

████─████─████─████─█──███──█
█────█──█─█────█──█─█─█───█─█
████─████─████─█────█─█████─█
───█─█────█────█──█─█─█───█─█
████─█────████─████─█─█───█─████

█████──███
──█───█───█
──█───█───█
──█───█───█
──█────███

███─███─████──█
█──█──█─█─────█
█──█──█─████──█
█──█──█─█
█──█──█─████──█

Fendy Rozaimi

Monday, December 26, 2011

Semuanya Sebab Awak



Semalam saya tidur lewat, ermm sumenye sebab awak. Awak tidur nak dekat kul 3, tapi saya x tidur lagi mase tu. Awak suruh saya nyanyi utk tidurkan awak, macam pelik je bunyinye. Saya tau la suara saya tak sedap, awak suh saya nyanyi sebab nak saya dodoikan awak je. Ermm teruklah awak ni. Terpaksa la nyanyi, nak suh nyanyi tapi tak bagi tajuk lagu. Bila saya nyanyi tau pulak komplain lagu tu x sedap. Ish awak ni penat je saya nyanyi. Tapi awak suh saya nyanyikan lagu "Berdua Bersatu". Awak suke sangat lagu ni kan. 

Tapi bila kite fahami maksud lagu ni baru kite rase seronok. Memang best... Time saya nyanyi elok pulak awak tidur, langsung tak sedar. Baguslah awak tidur dulu sebelom saya, sebab selalunye saya yang tidur dulu sebelum awak. Awak kan suke tak tidur malam, macam kelawar. hehe sape suh tak tidur malam. Kalau bosan nape awak tak tidur??

Semalam awak bukan main lagi eh, cakap pasal kawan2 awak tu. Sian kawan awak. 
Awak2, saya nak pesan ni, kalau nak gelak jangan gelak macam pontianak mengilai nanti pontianak tu pencen sebab dye dah kalah ngan awak. Awak gelak dah macam mengilai je. Kalau pontianak tu dengar mesti dye letak jawatan, terus pencen dye. hehe, jangan marah nanti cepat tua, berkedut muke tu x hensem dah..  :P

Friday, December 23, 2011

Maafkan Saya ye




Dah lama tak update blog, tak tahu nak cite ape ngan korang semua. Tapi hari ni teringin nak share story ckit. Boring tak tahu nak buat ape, baik update blog ni. 

Semalam merupakan hari yang paling sedih dalam hidupku, tak tahu kenapa asyik terase sedih je. Takde langsung rase happy sampai mood tak menentu. Kepada kawan2 dan adik2 angkat yang ku sayangi saya mintak maaf kalau saya ade marah2 korang semalam, atau macam nak taknak je layan korang. Saya mintak maaf ye. Saya memang macam ni bila time demam. :) sorry tau.. cyunk korang seribu kali..

Tapi semalam 22/12/2011 memang hari yang paling sedih, asyik terasa sedih je. Terlalu murah air mata aku yang jatuh menimpa bumi. Nasib lah mata bengkak2 pun, peduli ape yang penting kesakitan yang ku alami ni lagi sakit kalo nak di bandingkan dengan mataku yang makin bengkak ni. Kepada semua kawan2 yang risaukan keadaan saya ni, saya mintak maaf ye. Korang semua jangan lah risau, saya demam ckit je, nant sihatlah. Doakan saya supaya cepat sembuh tau.. 
Sayang korang terutamanya for my sweetheart Fendy Rozaimi, my best friend Anishya Shyuhada, adik angkat kesayangn akq yang comey nie Nurshahira SofeaAsyraf Ukay's, Nasreen Physicx, dan Iman Bakhtiar kawan fb yang mengambil berat Fahmy Azzrul, dan Mohammad Fitri  dan juga abang angkat saya Paksu Puchong thanks a lot guys. 


Kepada Fendy Rozaimi sorry sebab buat awak kecewa ngan perangai saya ni. Saya tahu awak takkan sanggup tahan ngan kerenah saya ni. Ape yang awak pesan semua saya dah lakukan, cume yang tinggal mungkin tak lama lagi saya akan pergi untuk selamanya daripada hidup awak. Awak takkan gembira dengan saya. Saya nak awak bahagia dengan orang  yang menyayangi awak dan orang yang awak sayang , maaf saya tak dapat nak gembirakan awak. Saya ikhlas menerima awak dalam hidup saya dan saya tak pernah menyesal mengenali awak. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya ni. Saya hargai jasa dan pengorbanan awak. Saya tau semalam awak terlalu kecewa sangat dengan saya, bukan niat saya nak sakitkan hati awak. :'( Lepas ni awak tak perlu risau tau, sebab mungkin saya akan pergi selamanya daripada hidup awak. Saya nak awak gembira dengan hidup awak lepas ni. Awak takkan mungkin boleh tahan dengan kerenah saya ni lagi. Cukuplah awak menderita sepanjang mengenali saya, saya tak pandai jaga awak, tak pandai jaga ati awak. Jodoh awak dengan orang lain bukan dengan saya, hanya dye je yang dapat jaga awak lepas ni. Saya tak dapat nak jaga awak dah. Ape yang awak cakap kat saya semalam saya simpan di hati. Pasal jodoh tu, saya tak amik serius pun, sebab awak hanya merancang Tapi Allah yang tentukan segalanya. Saya akan mengundurkan diri andai itu yang dapat membuatkan awak gembira. Awak jaga diri tau lepas ni. :') saya gembira kalau awak pun gembira. Hanya itu yang saya pinta dari awak, jaga diri dan awak tak perlu sedih lagi :') 





Kepada semua yang mengenali saya, saya mintak maaf banyak2 tau. Saya tak boleh janji untuk jaga kesihatan saya ni, saya rase kalo makin teruk pun saya rela. Mungkin tak masuk akal permintaan saya ni. saya sayang awak semua, terima kasih sebab hadir dalam hidup saya dan membuat saya gembira walaupun kegembiraan tu tak kekal lama. Kehadiran awak semua amat bermakna bagi saya. 

 Yang ikhlas Farah 


I LOVE YOU
I MISS YOU
I NEED YOU
I LIKE YOU




Ombak Rindu



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Lagu ni, sama macam isi hatiku. fahami lirik lagu ni. 

Monday, December 19, 2011

Pesanan Saya Untuk Awak




....Hai sayang.... Saya sayang awk semua. 
Dalam hidup ni begitu banyak persoalan yang bermain di minda, kadang-kadang kita tak jumpa jawapan untuk soalan-soalan tu kan? Tidak semua soalan mempunyai jawapan. 

Semakin meningkat usia kita semakin banyak tanggungjawab, dan tugasan yang perlu di pikul. Kadang-kadang kita rasa tak dapat nak pikul semua tanggungjawab tu, terlalu berat untuk kita hadapinya dengan tabah dan sabar.. Mungkin ada yang terfikir sampai bila harus bersabar dengan semua dugaan dan ujian yang datang melanda tu betul tak? Mungkin jugak ada yang sampai terfikir "baik aku mati je daripada hidup, kalau hidup pun bukan ada orang peduli" Kalau fikir macam tu, awak tak sayangkan nyawa awak. Tuhan dah bagi peluang kepada kita untuk hidup di dunia ni ada sebab yang perlu kita selesaikan.  Tapi yakinlah pada diri yang kita mampu memikul semua tanggungjawab tu walau berat macam mana sekali pun, bersabarlah. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai hikmah disebaliknya, cume kita tak tahu bila keceriaan yang kita inginkan tu akan tiba, hanya Yang Maha Berkuasa sahaja yang tahu. Yakinlah pada Allah s.w.t. yang Dia akan memberikan kebahagiaan kepada kita pada suatu hari nanti. :)


Kita tak tahu bila ajal akan datang menjemput kita menghadap Ilahi betul tak?
Kita tak tahu dengan sape jodoh kita pada satu hari nanti..kan kan?
Kita tak tahu sampai bila hubungan kita akan berterusan, ye tak?
Kita juga tak mungkin dapat bersama andai kata tiada jodoh di antara kita, betul kan?
Kita tak tahu sampai bila kita akan terus macam ni kan?
Macam mana kalau hubungan ni akan terputus di tengah-tengah jalan suatu hari nanti?
Adakah awak dapat menerima dugaan ni?
Adakah awak mampu bersabar?
Adakah awak akan bersedih andai saya pergi daripada hidup awak?
Andai kata awak akan hidup selama 90 tahun, saya nak hidup selama 89 tahun je, sebab saya tak mampu hidup tanpa awak semua.. 

Maaf sayang, andai kata kita tak dapat hidup bersama, saya nak awak teruskan hidup ni dengan penuh kesabaran dan jangan mudah mengalah serta berputus asa. Maafkan saya.. mungkin saya tak dapat nak tunaikan janji saya kepada awak andai kata tiada jodoh di antara kita. Kita tak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya. Saya nak awak teruskan hidup dan tunaikan janji-janji awak pada saya tau.. :)
Selagi saya masih bernafas, saya akan menjaga awak dengan sepenuh hati saya. Awak yang terakhir bagi saya, tiada yang lain dah lepas ni, tu  janji saya pada awak. Awak simpan janji saya ni tau, simpan kemas-kemas kalau boleh simpan dalam poket jangan tercicir pulak tau. :) hah, kan dah senyum tu. :) 
Saya suka kalau awak happy, saya tak suka awak muram, sedih, atau pun marah-marah tak tentu pasal. Maafkan saya kalau sebelum ni saya buat awak marah-marah tak tentu pasal. Kalau awak sakit, saya nak awak terus pergi klinik. Jangan tunggu sampai dah terukk baru nak pergi. 

Saya tahu awak banyak tanggungjawab yang perlu awak selesaikan. Awak jaga family awak baik-baik tau. Awak ada mereka yang sayangkan awak, awak jugak ade kawan-kawan yang boleh tengok-tengokkan awak. Hanya mereka je yang boleh jaga awak lepas ni. Awak janganlah terlalu garang sngt ngan mereka semua tu. hehe, garang awak tu kan boleh mengalahkan harimau ngan singa tau tak. Semua orang takut kat awak. Nasib baik saya tak takut..saya dah cakap saya terima awak seadanya...  :)

Awak........
Janganlah terlalu mengharap yang saya ni akan bersama awak selamanya. Jangan mengharap hanya saya yang boleh jaga awak, saya tahu ramai lagi yang boleh mengubah awak yang boleh buat awak gembira dan yang boleh jaga makan minum awak lepas ni. Saya tahu ramai lagi kat luar sane yang boleh menjaga awak. Awak jaga diri kat sane tau, saya tak dapat nak jaga awk kat sane. Kita berjauhan terlalu payah untuk kita bersama. Hubungan kita masih terlalu awal. Awak berubah sebab awak yang ingin berubah bukan sebab saya yang mengubah awak selama ni. Awak silap, saya tak buat ape-ape pun. Saya hanya berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan awak je. Saya harap awak akan dapat kebahagiaan yang awak inginkan pada suatu hari nanti.. Aminnnn.......

Awak nak tahu sesuatu tak?
Saya sedang mencuba untuk melupakan awak andai kata suatu hari nanti kita akan terputus. Kalau ianya benar-benar terjadi saya boleh lepaskan awak dengan hati yang terbuka tapi mungkin saya akan terasa kehilangan awak. 
Saya sedang belajar untuk berhenti mengharap andai kata kita tak dapat bersama walaupun kita dah berjanji macam-macam. Saya tahu kita tak mungkin dapat bersama andai kata awak dah berubah hati atau tawar hati dengan sikap saya. Tak mungkin awak dapat bersabar dengan saya.  


Awk.....
Saya rasa macam saya ni menyusahkan awak je... Boleh ke awak bersabar dengan saya? Maaf kalau selama ni saya banyak menyusahkan awak. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak akan berjumpe dengan insan yang boleh menjaga awak nanti. Tak mungkin saya kan?? Saya pun tak rase macam tu. Saya nak awak bahagia, jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal, cari keje yang elok dan sesuai ngan awak, dan carilah perempuan yang sesuai untuk awak nikahi, jangan terima seseorang tu sebagai kekasih untuk jangka masa yang agak lama kalau berkenan sila jumpa mak ayah dye... :) saya akan selalu doakan awak sayang.  

SAYA CAKAP MACAM NI BUKAN SEBAB SAYA NAK TINGGALKAN AWAK TAPI SAYA CUMA NAK MENGINGATKAN DIRI SAYA AGAR JANGAN TERLALU BERHARAP AKAN MENDAPAT APA YANG DI IMPIKAN SELAMA NI, SEBAB APE YANG DI RANCANG SELALU TAK MENJADI. SEMUANYA ALLAH YANG TENTUKAN. SAYA SAYANG AWAK DENGAN IKHLAS. SAYA PUN TAK TAHU NAPE SAYA SAYANG AWAK. JANJI NGAN SAYA  YANG AWAK AKAN JAGA DIRI LEPAS NI TAU, MUNGKIN  SAYA TAK DAPAT NAK JAGA AWAK LAGI LEPAS NI. 

sekuat mana kita setia..
sehebat mana kita merancang..
sejauh mana kita menunggu..
sekeras mana kita bersabar..
sejujur mana kita menerima..
...jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama...
..kita tetap tidak akan bersama..




Saturday, December 17, 2011

Terima Kasih Awak



Malam 16/12/2011 saya call awak, tapi mase tu kul 12 lebih. Saya ingatkan awak yang angkat tapikan.... kawan2 awak yang angkat. Kawan awak asyik panggil saya sayang je, geram saya di buatnye.  Ermm.. sedih hati saya mase tu. Lepas tu saya tengok awak online fb. Hati saya happy sangat tapi masih sedih sebab saya call bukan  awak yang angkat, tapi kawan2 awak. Awak tegur saya dulu, tak macam selalu asyik saya je yang kene tegur awak. Tapi saya layan awak macam nak taknak je kan? Maafkan saya, sebab buat awak macam tu, saya tau awak kecewa dengan sikap saya. Tapi awak, merajuk taknak mesej saya dah, awak cakap awak nak off fb mase tu. Ermm sedih je mase tu. 

Lepas tu, saya tak puas hati, saya call awak kul 2 lebih, saya tau awak tak tido lagi, jadi saya call awak tapi mase tu awak cakap awak nak naik lif. ok, saya off fon tu dulu, pastu awak buat call me back, saya ingatkan awak lupe kat saya tapi saya salah. Mase saya call tu awak jawab dengan  baik walaupun awak masih majuk ngan saya. Maafkan sayang. :'(

Awak tanye saya, saya tido kul berape semalam. Saya takut nak bagitau sebab saya tau saya tak diizinkan tido lambat lebih daripada pukul 12 mlm. Awak tanye dengan baik sangat awak tak jemu2 pujuk saya utk bagitau perkara sebenar, tapi macam ne pun saya tau awak akan marah lepas saya bagitau. 

Memang betul pun ape yg saya sangka. Awak marah2 saya. Saya tau awak marah sebab saya dah langgar peraturan awak. hehe maafkan sayang. Awak marah saya sampai nangis2 saya di buatnye. Mula2 saya ok, tapi bila dengar awak cakap nak bagi last warning saya dah x tau nak cakap ape. Hati saya sedih sangat mase tu, awak marah2 sampai saya terdiam seribu bahase. Bila awak dah penat membebel baru awak cakap, lain kali nak buat lagi ke tak? mase tu saya memang taknak buat lagi dah. Saya tau, kalau saya buat lagi lepas ni, awak akan tinggalkan saya, awak dah tak peduli tentang perasaan saya mase tu kn? 

Saya tahu, awak buat sume tu sebab nak saya tido ikut time dan jadi perempuan yang baik2. Saya tahu niat awak baik, tapi saya cume takut awak akan jemu melayan kerenah saya yang degil ni. Saya harap awak bersabar dengan sikap saya yang satu nie. Demi awak saya akan berubah satu mase nant, hanye awak je yang dapat membimbing saya sekarang ni. Saya tak pernah jumpe laki yang macam awak. Sebelum ni, saya selalu dapat laki yang teruk2 je. Tapi awak lain, saya suke sikap awak walaupun awak tegas tak macam laki lain. Awak tegas sebab nak saya jadi yang terbaik. Awak pandai bimbing saya. Terima kasih sayang. 

Saya harap awak akan bersabar dengan sikap saya yang satu ni, saya akan cuba berubah jadi sepertimana yang awak inginkan. Cuma saya mintak awak berikan saya sedikit mase bukan senang nak berubah menjadi yang terbaik. Banyak dugaan, onak dan duri yang perlu kite lalui. Tapi saya janji akan berubah. Saya janji. 

Saya tahu saya dah banyak kali buat awak kecewa dengan sikap saya ni, saya tahu saya banyak buat dosa kat awak. Saya nak mintak maaf sangat-sangat. Saya dah banyak kali lukakan hati awak. Tapi awak begitu tabah mengharungi semua ni walaupun saya dah kecewakan awak sebelum ni. Saya mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, saya tau saya salah. Saya harap awak akan bahagia satu hari nanti andai kata saya ni bukan jodoh untuk awak. Saya rasa macam tak layak jadi kekasih awak yang cukup baik dengan saya selama ni. Saya rasa ramai lagi yang layak jadi kekasih awak, saya tak mungkin boleh buat awak gembira. Saya cume tau sakitkan hati awak je. 

Awak! 
Andai kata suatu hari nanti awak dah kecewa sangat-sangat dengan saya dan awak nak mintak break mase tu jugak saya akan lepaskan awak walaupun perit untuk saya lepaskan awak pergi dari hidup saya. Saya tak sanggup nak tengok awak sedih, marah, kecewa dan sakit hati sebab saya. Saya bukan kekasih yang baik untuk awak. Saya cuma nak tengok awak bahagia bukan sedih. Kalau awak bahagia saya juga turut ikut bahagia. Saya akan selalu doakan awak hidup bahagia walaupun bukan dengan saya. Hanya itu jalan yang terbaik untuk awak bahagia lepas ni. Saya sanggup lepaskan awak demi melihat kebahagiaan awak walaupun bukan dengan saya. 

Awak!
Saya harap awak akan jaga diri lepas ni andai kata tiada jodoh antara kita. Saya harap awak akan tunaikan janji awak yang sebelum ni, awak kata awak akan berubah satu hari nanti. Saya akan tunggu saat tu. Saya taknak awak buat keje yang tak elok tau sebab awk dah janji dengan saya. Awak jugak dah janji nak berubah kembali ke jalan yang lurus. Saya akan selalu doakan kebahagiaan, dan kejayaan awak. 

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA PENGORBANAN AWAK SELAMA NI, SAYA HARGAINYA.  
SAYA AKAN CUBA BERUBAH SEBAB ITU YANG AWAK HARAPKAN SELAMA NI. 
I LOVE YOU 
❤♔MAAFKAN SAYANG♔❤ 

Tak Dapat Tido Lena


Malam tadi tak dapat tido dengan lena sebab ade je yang mengacau tidoku semalam. Arhhhgg geramnye, tido kul 12 tapi ramai pulak yang mengacau. Handphone asyik bunyi je, geram betul. Lepas sorang2 kacau, kalau mesej xpe, ni x call pulak dah. 

Pukul 3:07a.m Sya send msg "Fara :'(" 
Pukul 3:34a.m orang yang tak dikenali pulak call. 
Pukul 9:32a.m member pulak yang call. 

Geramnye, nape la korang sume suke sangat kacau aku time tido hah?
Nak tido pun tak lena, handphone asyik menjerit je mintak di angkat.

Orang yang tak dikenali tu asalnye dye call sebab saya yang tersilap send msg "Hi, please call me back." Mase tu kul 8 mlm saya nak send msg tu kat kawan, tapi ntah macam mane tersilap dail number. 
Malas nak layan, baik layan ngantok lagi bagus. Lagi pun nak kol tu tengok jam la, ni tak pagi2 buta call orang, memang xde otak betul la orang tu. Arghh geram betul, dah off fon tu, terus off ajelah, x payah nak kol blek. Last2 saya yang off fon. 

Sejak kebelakangan ni, nape aku di himpit dengan macam2 masalah? Semua orang cari aku nak share masalah. Tapi takpelah, susah senang dye orang sume kawan  jugak. Biarkan fikiran dye orang tenang lepas share masalah ngan aku, sebagai kawan, kite patut bantu mereka yang memerlukan. Tak susah mane pun, cume perlu luangkan sedikit mase untuk mendengar keluhan hati mereka. Tu gunanye jadi kawan, betul x? 


Friday, December 16, 2011

Ayat Untuk Si Dia


1. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati .. Blush
2. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu
3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!
5. Hello..
Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!
6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
7. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang
8. Luahan Cinta Ibarat Kentut.. Big Grin
ditahan sakit… dilepas malu… dah keluar..fuhhh! Lega!!!
9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..
10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku…
Tekan lagi kalau masih rindu..
Lagi…
Lagi…
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu…
Aku juga sedang merinduim.. BlushHeart
11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
14. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.
16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…
19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?
20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
22. Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu… Heart
23. Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..Sleepy
24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
25. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku.. Angel
26. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

Cinta Untuk Yang Berhak dan Layak


✿~ buat yang pernah merasa SAKIT DILUKAI..
✿~ buat yang pernah merasa sakit DITINGGAL pergi..
✿~ buat yang masih BERDARAH lukanya..
✿~ buat yang masih sembab dan BENGKAK matanya..
✿~ buat yang masih MENANGIS hatinya..
✿~ buat yang masih belum mampu MELEPAS pergi..
✿~ buat yang masih TERMENUNG dan merenung, menanti dan bersendiri..
✿~ buat yang MERASA..
✿~ buat yang MENGALAMI..
✿~ dan buat yang MEMERHATI..

>>> JUJUR, rasa ini mengajar kamu..jujur, rasa ini yang membuat kamu SEDAR..cintamu mungkin perlu kamu SIMPAN, BUKAN untuk DITAJA kepada ramai, bukan untuk insan yang BERHATI SAKIT..BUKAN CINTA MURAHAN..hanya buat yang LAYAK, hanya buat yang BERHAK..

Wednesday, December 14, 2011

Saya ade Soalan Nak Tanye Awak

Boleh tak awak jawab semua pertanyaan saya ni? Saya nak awak jawab dengan jujur.

1. Awak sayang saya ke tidak?
2. Kalau awak sayang saya, nape awak tak tegur saya masa awak online fb?
3. Kenapa awak selalu cakap single dengan awek2 kat fb tu?
4. Kenapa awak bagi no telefon awak kat perempuan lain?
5. Betul ke awak anggap saya ni 'girlfriend' awak, tapi nape saya rase macam di pinggirkan daripada hidup awak? 
6. Kenapa awak tak mengaku yang awak tu dah berpunye?
7. Kenapa awak cakap ngan kawan-kawan yang awak tu single?
8. Kenapa status relationship kat fb awk wat 'single'? 
9. Kenapa awak tak pujuk saya mase saya sedih?
10. Kalau awak sayang saya nape awak layan awek lain macam awak tak ade awek?
11. Awak tak pernah mengaku saya ni awek awak, betul tak?
12. Ape tujuan awak amik saya sebagai girlfriend awak selama ni?
13. Saya ni 'spair part' awak ke?
14. Kalau saya 'spair part' awak, saya ni yang ke berape?
15. Boleh tak awak jujur dengan semua orang yang awak tu dah ade girlfriend itu pun kalau awak betul2 sayangkan saya. Kalau tak, ok, saya paham!!
16. Kenapa awak tak sanggup bekorban untuk saya?
17. Awak permainkan saya ke?
18. Selama ni awak ingat saya ni patung ke boleh buat main? Bila awak sedih awak cari saya, bila susah cari saya, bila senang awak campak merata tempat macam patung.
19. Awak suke kan perhatian daripada perempuan ke? Sampai awak bagitahu dye orang yang awak tu tengah sedih la, sakit la tak makan la, Siap suh suapkan pulak tu. Awak cakap kat saya, awak cume nak manja ngan awek je, tapi awak "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" suke berjanji tapi tak tunaikan. 
20. Saya nak tanye awak, "MANA SEMUA JANJI MANIS AWAK TU? MANA AWAK SIMPAN? 
21. Kalau betullah awak sayangkan saya, tentu awak takkan layan awek lain lebih daripada awak layan gf awak, dan mungkin awak takkan bagi no telefon kat dye orang.

Saya tak halang awak nak berkawan dengan sape2 pun tapi berbatas lah sikit, tapi awak ni main sayang-sayang main rindu-rindu pulak dengan awek lain. Ok, saya tau kalau saya buat macam tu awak takkan jeles pun, sebab saya ni tak penting pun dalam hidup awak. Awak pun tak penah kesah kalau saya nak mintak putus, macam takde feeling je.  
 



Awak tak penah amik tau tentang perasaan saya. 
Awak dikelilingi awek yang cantik, yang comey, yang lawa dan sempurna. 
Saya sedar saya tak layak untuk awak, saya tak sempurna untuk awak kan? sebab tu awak cari lain. Betol tak?
Awak ley terus terang je ngan saya, kalau awak betul2 dah tak sukekan saya lagi, jangan buat saya macam ni, awak tau tak saya sakit hati sangat bila awak buat saya ni macam takde perasaan.

Alangkah Indahnya Kalau dia Fahami Kita


♥• ..ada ketikanya.. ♥•

ada ketikanya insan yg kte sayang , membuatkan kte dalam keadaan teruji
ada ketikanya insan yg kte sayang , membuatkan kte terkeliru
ada ketikanya insan yg kte sayang , selalu membuatkan kte terluka
... ada ketikanya insan yg kte sayang , semakin membuatkan kte terkilan
ada ketikanya insan yg kte sayang , membuat rasa sabar kte kian menipis
ada ketikanya insan yg kte sayang , mengguris hati kte hingga menitis airmata

namun kte tetap menyayangi dye..kerna APA?? kerna kte terima dye seadanya..
..alangkah indahnya klu dye mengerti perasaan kte..

Monday, December 12, 2011

Aku yang tak paham dye ke, atau dye yang tak paham aku?


Sakit hati tak, bila korang dapat tau yang bf/gf korang main tangkap cintan ngan orang lain?
Siap cakap, rindu, sayang pastu panggil sayang pulak tu. 
Kat sini, sape yang patut merajuk? 
Sape yang patut sakit hati? 
Sape yang bersalah?
Cakap kawan je, tapi nape lebih2? 

Awak cakap ngan saya jangan buruk sangke, jangan fikir yang bukan2, tapi dah terang-terangan awak curang, awak main sayang2 ngan awek lain, rindu2 ngan awek lain. Awak tau tak hati saya sakit? Awak tak tau kan? Awak fikir perasaan awk sorang je, abisss tuuu macam mana ngan perasaan saya?
Tu bukan kawan, tapi nak lebih daripada kawan...

Awak tau tak, setiap kali awak buat wanita tu menangis disebabkan awak, awak berdosa tau. Setiap air mata yang mengalir keluar tu amat bernilai. Kalau perempuan tu menangis siang dan malam, banyak lah dosa yang awak kene tanggung. Sebab awak perempuan tu nangis. 

Sakit tu tetap sakit, sampai tak boleh nak di pendam dalam hati lagi dah. Tapi sabar je, sebenarnye sape yang tak paham siapa ni?  Saya atau dia? 

Boleh pulak bagi no telefon kat perempuan lain, rajin pulak kol. Saya sendiri pun dah lame tak gune status single. Kalau ade orang kacau pun, tak penah saya cakap yang saya ni single, straight to the point aje lah. Perlu ke kite merahsiakan semua identiti kite daripada orang lain? Orang nak cakap saya sombong ke ape ke, saya peduli ape. Tapi nape dye tak cakap yang dye tu in a relationship? SEBAB APE? CUBA BAGITAU. 

Dulu dye cakap tak curang, tapi bila dapat tau yang dye tangkap cintan ngan awek lain, sape yang tak sakit? Terang2 kene tipu. awek tu pun dah bagitau perkara sebenar. TAK BAIK TAU KENEKAN PEREMPUAN, TAK BAIK TIPU, TAK BAIK CURANG DAN JANGAN TIKAM SAYA DARI BELAKANG. Kalau tak suke cakap terus-terang, xde sape marah kalau kite jujur. 

Saya dah tahu segalanye, awak bagi saya pasword facebook awak kat saya. Mulenye tak terlintas di fikiran saya nak bace mesej-mesej awak. Tapi ntah macam mana naluri saya kuat dan menyuruh saya bukak mesej2 awak tu. Awak banyak chat ngan perempuan. Mesej daripada laki saya tak bace pun, tapi yang saya bace mesej2 daripada semua perempuan yang awak nak kenal. Awak tau tak, bila saya bace mesej awak tu, Hati saya rase pedih sangat2, kalau boleh taknak sedih tapi saya tak mampu nak tahan, sebab Allah jadikan kaum hawa dengan jiwa dan hati yang lembut. Lepas tu boleh pulak awak cakap jangan fikir yang bukan2. Dah terang-terangan awak cube pikat perempuan lain. Tapi nape awak pulak yang touching? 

Saya kelirulah, kalau di fikirkan balik nape awak terime saya dalam hidup awak? Kalau awak rase saya ni menyusahkan hidup awak, bagitau jelah tak yah nak di simpan, sekurang-kurangnye saya tau ape salah dan silap saya kat awak. 

Sebagai perempuan saya cemburu tengok awak, sebab di kelilingi perempuan yang cantik2 dan yang hot2 belaka. Maaf saya tak secantik mereka, saya jugak tak sempurna mcm mereka. Tapi saya bersyukur sebab saya dilahirkan cukup sifat. 

Ketika menaip ni pun saya sedang bersedihh, terima kasih awak sebab buat saya macam ni. Nak mengadu takde tempat, so dekat cni je saya ley share cite. Sayang saya hanye untuk awak sorang je. Oklah, saya nak rehat. Tak larat nak fikirkan ape salah saya kat awak sampai awak sanggup buat saya macam ni sekali. 

Cakap Pasal Jodoh


Yang ni saya x ske, bila tiba je time kenduri kawin, mesti saya pun terlibat jugak. Haishhh x sukelah, tak pasal2 dah cakap pasal jodoh pulak. Tok chu, Farah masih mude la untuk kawin mase umo 20 tahun macam kak Anis tu. Tak sempat nak enjoy dunia remaja, dunia single. Tak best la kawin awal sangat, kalau bertunang tu takpe lah jugak, sebab belum terikat dengan semua tanggungjawab nak kene jaga makan minum laki tu. 

Nasib baik mak abah ade untuk jawabkan semua soalan tok chu, hishh ade ke patut suh aku pulak yang kawin lepas kak anis ni nanti. Mentang2 la cek ni perempuan, suh pi kawin awai tu pasai ape. Parents lak suh blajar dulu, jangan pikir sal kawin. 

Ni gambar mase saya kat kenduri kawin tu. Baju dah macam ape  je, tengok ar labuh, tapi berbaloi beli ngan duit sendiri. 


Masa ni tak nampak ayu macam korang kan? saya tak lawa macam korang so kalo x ske x yah tengok. 

Masa tu ramai jugak, dak2 laki yang ley tahan jugak hot, fuyoo but for me, Fendy always in my heart. Tak senyum ngan laki lain pun kat sane, walaupun dyeorang dok usha2. Ape taknye, mak ade kat sebelah jadi personal asistant. haha, memang x ley ar. Lagipun tak kenal ngan dyeorg tu, so wat2 tak kenal jelah. 

Kalau senyum betul2 ley nampak lesung pipit kat pipi sebelah kanan. hehe 

Mak cakap senyuman seorang perempuan tu sangat bahaye sebab ley cairkan hati si lelaki. Terutamanye kalau kite yang perempuan ni ade lesung pipit. so kepada kawan2 yang ade lesung pipit tu, jangan senyum kat sebarangan lelaki takut dyeorang tu tangkap lentok ngan korang pulak. huhu :) kalau yang betul2 gentle dye mesti mintak no fon korang depan parents korang sendiri. Ni jenis tak makan saman, nak awek tu punye pasal sanggup berdepan ngan mak si perempuan tu. 
eh eh ape yang saya merepek ni? But the way, still ade lagi lelaki macam ni kat dunia, cume susah nak jumpe. 

Kenangan Pada 10/12 - 11/12/2011


Majlis perkawinan anak mak long tu diadakan di Pontian, Johor. Lame jugak perjalanan kami semua, kami pergi dengan menaiki kereta. 5 family pergi, saya ngan family saya naik kete Myvi, pakcik sedara kembar saya naik kete Proton Waja dan cousin2 saya naik kete Unser, yang naik kete Unser memang ramai dalam tu, sampai 13 orang naik kete yang agak besar tu. Padat btol. Ntah macam mane ley muat saya pun x tau la. Nampak agak sempit bila dah ramai sangat dalam tu. 

Hai semua, kali ni saya nak share story tentang kenangan manis ngan family belah ayah saya. Banyak pengalaman yang manis dan pahit yang saya lihat antaranya perpisahan seorang anak daripada ibu kandungnye selama 40 tahun berpisah kini baru bertemu semula. Semuanya sebab halangan2 yang perlu di lalui oleh keluarga tersebut. Kami dapat bertemu semula ngan mak long, yang selama ni kami tak pernah bertemu sebab hilang petunjuk daripada mereka. Anak bongsu mak long yang berusia 20 tahun perempuan akhirnya selamat di nikah kan dengan pasangannye. Kami bertemu pun sebab dapat tau yang anak mak long tu akan di kawinkan. Majlis tu agak meriah la jugak dengan kehadiran sanak-saudara yang saya sendiri pun tak kenal.  

K lah say pendek kan cite 2 hari 2 malam ni memang best, tapi malangnye cousin2 saya sume nye demam, skali saya pun dah terkene virus tu. Kat bawah ni sume gambar2 mase kat Johor dan mase kami celebrate bday adk bongsu saya dan bday nenek saya. 

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ANIS


Ni pengantinnye.. sweet couple kan? Akq ni cousin saya umo baru 20 tahun tapi dah kawin. Akq ni kecik je orangnye, bila saya berdiri sebelah dye, rupenya saya ngan dye same je tinggi. huhu. Ni persandingan lepas akad nikah.


Lelaki yang baju pink tu abg sulong Kak anis, pengantin perempuan tu. tak sangka lak ade cousin pangkat akaq dan abg, sbb saya sendiri pun x penah jumpe dyeorg sebelum ni. Keluarga kami terpisah selama berthn-tahun. 

Ni kumpulan pemain kompang, nampak gempak kan?? 

Suasana mase majlis persandingan


Ni pulak, dye tukar baju persandingan.

yang kat keliling tu saya x kenal, sape. Maybe keluarga belah lelaki agaknye. 


Ok kite tukar cite lak, ni suasana kat dalam umah pengantin tu, tp umah sewa je, umah dye kat sebelaah, x masuk pun. 



Yang ni pulak kite orang dah sampai Puchong, makan kat luar sebab nak celebrate bday adk saya yang bongsu dan bday nenek saya. 





Acara suap-menyuap kek.. haha ni sumenye anak, cucu dan cicit yang mithali. 











Ok, saya bukan cucu yang baik kan?? tengok tu, x ley blah btol.. huhu




Ramai kan family saya? cousin2 sume ade. 





haha yang ni lagi ar, tengok tu adik saya bukak mulut bukan main besar lagi, mentang2 lah kakak dye yang suapkan dye kek. 


Ni ayah saya.

Ni pulak adik saya yang kedua.

Ceh tengok dye ni bajet hensem lorrhhh. haha 


Oklah, ni aje gambar2 yang saya nak share untuk kenangan manis bersame family saya. Nampak happening kan? Susah tau nak berkumpul macam ni lagi, kalo ade jangan lepaskan, nant bila dah x de mase x ley nak berkumpul beramai-ramai macam ni lagi dah. 




Kalau suka Klik Button Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...