Esok hari Sabtu (31/12/2011) iaitu hari terakhir untuk tahun 2011 ni. Selamat tinggal tahun 2011 selamat datang tahun 2012. :)
Rase berdebar-debar nak tunggu esok sebab ape, nak tau ke??
HUh..... esok ade kenduri kat umah Anishya. Kenduri sempena adik dye cemerlang dalam PMR baru-baru ni, result dye pun bagus jugak. huhu, tumpang gembira jap.. Tahniah Aina.
Adoi, apelah yang akan terjadi pada hari esok ye? Terfikir pasal ni sampai takde rase ngantok pun. Nak tido pun tak lena kalo macam ni. Huh.. gementar,gemuruh, resah gelisah, semuanye serba tak kene. Saya jadi macam ni sebab 1st time nak gi umah Nisya dan kedua ni 1st time nak jumpe laki yang bergelar "BF". Sebelum ni tak pernah jumpe mane laki yang bergelar bf. huhu. 1st time ase macam ni ke bile nak berjumpe?? Tak suke la ngan perasaan ni, kalo ley nak rase bertenang dan hadapi nye dengan sabar dan tabah.
Perkara yang buat rase risau sangat ni sebab saya takut dye tak boleh terime saya. Saya tak cantik, tak comey, tak lawa macam kawan-kawan perempuan dye. Ermm, isau je asenye. Kalo ley nak mase ni berhenti sekejap dan harap takde ape-ape yang berlaku. I hope so. Macam-macam persoalan yang bermain di minda sekarang ni. Sumenye perkara negative tentang ape yang akan berlaku pada hari esok. :'(
Awak......
Boleh ke awak terima diri saya ni?
Boleh ke awak tengok muke saya?
Awak nak ke gf macam saya?
Awak... saya ni x cantik macam kawan-kawan awak la.
Walaupun awak cakap, yang awak akan terima saya seadanya tapi saya tetap fikir yang sebaliknye. Awak cakap la berape banyak kali pun, saya tetap akan fikir awak tak boleh terima saya. Awak tak jumpe lagi saya ni macam mana, boleh la awak cakap macam tu. Awak tak tau pun ape yang saya rase sekarang ni. Hanya tuhan je yang tahu. Saya memang tak cantik dan tak comey mane pun sebab tu saya risau awak tak boleh nak terima saya seadanya. :( :(
Serius saya cakap, saya takut nak berdepan ngan awak. Saya takut awak tak boleh terima saya sebagai gf awak. Kalau awak isau saya yang taknak jumpe awak tu, awak salah. Saya tak rase awak lagi teruk daripada laki lain. Awak ok je saya tengok. :)
Ok, saya tak ley berhenti fikir pasal ape yang akan terjadi pada hari esok. Macam mane nak stop??
Ya Allah gementarnye aku.... Aku berharap takde perkara yang tidak di ingini berlaku, dan harap semuanye berjalan dengan lancar. Amin...
K lah, nak try tenangkan fikiran yang tengah serabut ni, macam-macam dok fikir daripada semalam lagi ni. Harap-harap takde pape yang berlaku..amin