My Love

My Love <3 Slideshow: Farah’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday, March 1, 2012

What is Love?



cinta,
kadang kadang rimas,
kadang kadang lemas,

dulu,
patah tumbuh hilang berganti,
setiap yg pergi,
pasti ada yang mahu mengganti,

kini,
aku bukan yg dulu lagi,
aku bukan "dia" yang sentiasa mahu mencari pengganti,
tapi,
aku mahu seorang bakal suami,
yang mampu buat aku tak lagi rasa sendiri,

aku mahu sang arjuna yang mampu mendidik,
yang boleh buat aku rasa dihargai,
yang tegar buat aku cinta pada ilahi,
cinta pada yang abadi.

perasaan itu seperti gula-gula,
yang sebelum ni mentah,
yang sebelum ni rasanya tawar,
yang sebelum ni rasanya pahit,

sekarang dah jadi manis,
sekarang dah ada rasa,
bak kata maggi - secukup rasa,

tapi kadang kadang kenapa rasa tu hilang,
sekejap suka,
sekejap duka,

aku yang tak cuba untuk merasa,
atau dia yang tak cuba buat aku merasa,

ya, aku keliru,
inikah rasa yang aku cari,
atau.. ini cuma mainan hati yang menghantui,

berulang kali dalam sujudku ada sendu,
mohon supaya tak jadi lagi seperti dulu,

hari semakin hari semakin tua,
kepastian yang aku damba,
bukan permainan hati yang aku minta,

kalau suka,
katakanlah kau suka,
tunjukkanlah dengan cara,

buanglah ego kau ketepi,
berilah padaku hati,
jangan kau beri aku mimpi.

Ku dambakan seorang insan yang boleh menjadi imam untukku dan ketua keluarga yang bertanggungjawab yang boleh membimbing dan mendidikku ke arah jalan yang diredhai Allah S.W.T :) 
Ku tahu tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini tapi ku ingin kau berubah demi kebaikan dirimu dan juga untuk keluargamu suatu hari kelak. 
Walau ape pun ku tetap menerima dirimu seadanya... :)

Kalau suka Klik Button Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...